Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Biodata Dr. Mazlan bin Aris

  Dr. Mazlan bin Aris merupakan Pengarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM). Beliau mula bertugas di IPGKRM mulai tahun 2019. Beliau telah berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 1992 sehingga sekarang. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi/ Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Seterusnya beliau telah memperoleh Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2003. Beliau telah berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 2010. Dr. Mazlan bin Aris telah banyak membuat penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikannya diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah menulis 5 modul yang diterbitkan oleh UTM. Selian itu beliau juga telah menulis buku berkaitan pengurusan stres dan pengantar pendidikan moral dibawah terbitan Multimedia Sdn. Bhd.