Skip to main content

Posts

Transformasi IPGKRM

Transformasi IPGKRM adalah berpandukan Model Paradigma MEKAR yang dibangunkan oleh Dr. Mazlan bin Aris, Pengarah IPGKRM. Model khusus ini digunakan untuk IPGKRM menerajui kecemerlangan pendidikan guru. Model ini yang merangkumi lima domain utama akan menggerakkan strategik-strategik bagi mencapai matlamat IPGKRM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru. Model ini adalah hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan, maka lahirkan landasan prinsip dan budaya kerja yang terancang di IPGKRM. MEKAR merupakan prinsip gerak kerja yang perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat IPGKRM yang memberi kebahagiaan untuk semua orang dalam organisasi. Prinsip ini bermula dengan Musyawarah, Eco dan e-Institut, Aktif Penyelidikan, Kreativiti dan Inovasi dan Rasa Bahagia. Semua warga IPGKRM perlu bekerja dengan berlandaskan kepada lima domain ini bagi mewujudkan iklim dan budaya  kerja yang kondusif. Setiap warga IPGKRM perlu ada pemikiran untuk membahagiakan orang lain, supaya rasa bahagia itu
Recent posts

MODEL PARADIGMA MEKAR

Model Paradigma MEKAR telah diilhamkan oleh Yang Berusaha Dr. Mazlan bin Aris, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. MEKAR terdiri daripada 5 komponen iaitu Musyawarah , Eco & E- Institut , Kreatif & Inovatif , Aktif Penyelidikan dan Rasa Bahagia

Biodata Dr. Mazlan bin Aris

  Dr. Mazlan bin Aris merupakan Pengarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM). Beliau mula bertugas di IPGKRM mulai tahun 2019. Beliau telah berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 1992 sehingga sekarang. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi/ Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Seterusnya beliau telah memperoleh Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2003. Beliau telah berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 2010. Dr. Mazlan bin Aris telah banyak membuat penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikannya diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah menulis 5 modul yang diterbitkan oleh UTM. Selian itu beliau juga telah menulis buku berkaitan pengurusan stres dan pengantar pendidikan moral dibawah terbitan Multimedia Sdn. Bhd.